Pasar malam percubaan di Kuala Terengganu, Jumaat ini
Pasar malam near me : “Kita minta pengunjung dan peniaga sentiasa mematuhi SOP terutama tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas memantau persiapan akhir termasuk pengukuran jarak kedudukan gerai peniaga di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Kuala Nerus di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil dan Pengarah MBKT cawangan Utara, Hama Hakim Mahyudi Awang. Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak mengumumkan kerajaan negeri membenarkan pasar malam beroperasi, selepas ditutup lebih tiga bulan berikutan PKP. Dr Alias dilaporkan berkata, pasar malam yang akan beroperasi Jumaat ini adalah pada peringkat percubaan dan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak COVID-19 baharu. Fadli berkata, MBKT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM akan bekerjasama untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan. Ketika diminta mengulas mengenai pemilihan tapak pasar malam di kawasan tempat letak kereta di SSMZA, Fadli berkata, lokasi itu amat sesuai kerana penjarakan gerai boleh dilakukan. |