Perlis tangguh kebenaran operasi pasar malam
KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri itu sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian.
MPK dalam kenyataan malam tadi memberitahu ia selaras dengan keperluan bagi memastikan penganjuran aktiviti berkenaan dapat dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
MPK sedang memperhalusi kaedah penganjuran aktiviti penjajaan pasar malam dan pasar sehari yang dapat menepati SOP itu.
Sebagai alternatif, MPK sedang merancang untuk menganjurkan Bazar Penjaja Terkawal (BPT) di lokasi terpilih, dan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.DISYORKAN UNTUK ANDA
- SOP terlalu ketat, peniaga pasar malam tangguh operasi
- PKPP: Jangan salah guna kebebasan
- Patuh SOP, pastikan tiada jangkitan di pasar terbuka, pasar malam
- Premis makanan beroperasi hingga tengah malam di Perlis
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini (15 Jun), tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beberapa negeri, antaranya Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengambil langkah yang sama memberi kebenaran beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini mengikut SOP yang ditetapkan.