Perlis tangguh pasar malam, pasar sehari

PERLIS menangguhkan pembukaan pasar malam dan pasar sehari di negeri itu ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam satu kenyataan, hari ini berkata, penangguhan itu adalah bagi memberi ruang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk pengoperasian kedua pasar berkenaan.

Bagaimapanun, ia akan digantikan dengan Bazar Penjaja Terkawal (BPT) dengan penempatannya akan dikhususkan di lokasi-lokasi tertentu.

“MPK juga masih memperhalusi kaedah terbaik dalam memberikan penganjuran aktiviti penjajaan Pasar Malam dan Pasar Sehari yang dapat menepati SOP tertentu.

“Sekaligus ia akan dapat dilaksanakan dengan mengikut peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.